JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Cadangan Pewartaan Fatwa Isu-Isu Zakat Di Negeri Melaka

Kategori: Ibadah
Tahun: 2008
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Melaka
Keputusan
:

Ahli-Ahli Jawatankuasa Fatwa telah sebulat suara bersetuju memutuskan bahawa:


a) Keputusan-keputusan fatwa berkaitan penetapan kadar zakat fitrah Negeri Melaka dari tahun 2001 hingga 2007 hendaklah diwartakan dalam Warta Kerajaan Negeri Melaka agar ia mempunyai autoriti dari segi undang-undang dan tidak dapat dipertikai oleh mana-mana pihak.


b) Manakala keputusan-keputusan fatwa berkaitan isu-isu zakat yang lain seperti Hukum Memasukkan Lebihan Agihan Zakat Negeri Melaka Ke Dalam Tabung Baitulmal, Cadangan Pembayaran Zakat Melalui Kad Kredit/Kad Bank Islam dan Hukum Mengagihkan Zakat Secara Persendirian Tanpa Melalui Institusi Zakat Dan Qada' Zakat perlu diperkemas, diperinci dan diselaraskan terlebih dahulu dengan negeri-negeri lain melalui perbincangan dengan pihak-pihak yang berkaitan sebelum proses pewartaan dilaksanakan agar penguatkuasaannya lebih mantap dan berkesan.

Klik disini untuk mencetak