JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hukum Melakukan Samak Najis Mughallazah Menggunakan Sabun Tanah Liat

Kategori: Ibadah
Tahun: 2007
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Melaka
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka telah membincangkan mengenai Hukum melakukan Samak Najis Mughallazah Menggunakan Sabun Tanah Liat. Mesyuarat bersetuju menerimapakai keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-76 pada 21-23 November 2006 bahawa:


"Sabun yang mengandungi unsur tanah liat HARUS digunakan untuk melakukan samak najis mughallazah dengan syarat tanah tersebut suci dan peratusan kandungan tanah dalam sabun melebihi daripada bahan-bahan yang lain serta kaedah samak tersebut dilakukan mengikut syara'"

 

Klik disini untuk mencetak