JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hukum Mengeluarkan Tanah Wakaf Perkuburan Islam Di Lot 137, Mukim Duyong, Melaka.

Kategori: Muamalat/Ekonomi
Tahun: 2007
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Melaka
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka telah membincangkan mengenai Hukum Mengeluarkan Tanah Wakaf Perkuburan Islam Di Lot 137, Mukim Duyong, Melaka. Mesyuarat tersebut telah bersetuju membuat keputusan seperti berikut :

 

1. Harus memotong atau meneres tebing tanah wakaf perkuburan Islam di atas Lot 137, Mukim Duyong, Melaka untuk mengurangkan kecuraman tebing bagi mengelakkan kemudaratan terhadap nyawa dan harta benda penduduk berhampiran serta memelihara kemaslahatan umum dengan syarat-syarat berikut:

 

a) Tanah yang dipotong atau diteres hendaklah dipindahkan ke kawasan rendah di atas lot yang sama. Sekiranya kawasan tersebut tidak dapat menampung sedangkan masih ada lebihan tanah yang perlu dipindahkan, maka bolehlah dipindahkan ke tanah wakaf lain yang berhampiran untuk diambil manfaat daripadanya.

 

b) Segala perbelanjaan yang terlibat dalam kerja-kerja pemotongan/peneresan tebing dan pemindahan tanah hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh pihak Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

 

c) Pihak Majlis Agama Islam Melaka hendaklah mengatur tindakan yang rapi dan berhikmah berhubung isu ini bagi memastikan kelicinannya seperti mengadakan sesi perbincangan dan penerangan kepada pihak yang terlibat supaya wujud persefahaman di antara pengelola tanah wakaf dan pihak yang akan melaksanakan kerja-kerja pemindahan tanah wakaf tersebut.

 

Klik disini untuk mencetak