Mendirikan Solat Jumaat Di Masjid Selat, Pulau Melaka, Melaka
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka telah membincangkan mengenai Hukum Mendirikan Solat Jumaat Di Masjid Selat, Pulau Melaka, Melaka. Mesyuarat tersebut bersetuju memutuskan bahawa :
Solat Jumaat harus didirikan di Masjid Selat, Pulau Melaka secara berterusan bermula dari tarikh 24 November 2006 tanpa melibatkan pemecahan kariah. Solat Jumaat di Masjid Kariah Banda Hilir, Melaka akan tetap didirikan pada setiap hari Jumaat seperti biasa. Oleh yang demikian, penduduk-penduduk yang tinggal di beberapa buah taman perumahan yang berdekatan dengan masjid Selat, Melaka hendaklah menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut, manakala penduduk-penduduk yang tinggal berhampiran dengan Masjid Kariah Banda Hilir hendaklah menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan.