JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Merokok Menurut Perspektif Islam

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2003
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Melaka
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka Bil. 3/2003 yang bersidang pada 21 Syaaban 1424H bersamaan 17 Oktober 2007 telah membincangkan mengenai Hukum Merokok Menurut Perspektif Islam dan memutuskan seperti berikut :

 

1. Menerimapakai keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bahawa merokok adalah haram.

 

2.     Oleh yang demikian, adalah haram bagi mana-mana orang Islam menghisap apa-apa jenis rokok, menjual atau terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam hal yang berkaitan dengan rokok.

 

3.     Bagi maksud fatwa ini, 'rokok' ialah tembakau yang digulung dengan kertas atau daun nipah atau selainnya.

 

4.      Larangan ini meliputi kepada sifat serta ancamannya seperti berikut :-

  • melahirkan sikap serta tabiat yang buruk.
  • mendatangkan kemudaratan dari sudut kesihatan.
  • membawa kepada pembaziran dan pemborosan yang amat ditegah oleh agama.

 

 

Klik disini untuk mencetak