JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hukum Wakalah Dan Beberapa Perkara Berbangkit Dalam Ibadah Qurban.

Kategori: Ibadah
Tahun: 2006
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Melaka
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka telah membincangkan mengenai Hukum Wakalah dan Beberapa Perkara Berbangkit Dalam Ibadah Korban. Mesyuarat bersetuju memutuskan seperti berikut:

 

1. Menerimapakai keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Kali Ke-66 bahawa:

 

a) Hukum asal wakalah adalah harus.

b) Harus bagi wakil mewakilkan kepada orang lain dengan keizinan muwakkil.

c) Harus mengagihkan daging qurban ke tempat atau negara lain.

d) Tidak harus mengagih dan memberi makan daging qurban kepada orang bukan Islam.

 

2. Bagi perkara 1 (d), mesyuarat menerimapakai dengan mengkhususkan kepada kafir harbiyy sahaja.

 

Klik disini untuk mencetak