JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Isu Pemakaian Reben Menyerupai Bow-tie Oleh Pelajar Islam

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2007
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Melaka
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka telah membincangkan mengenai Isu Pemakaian Reben Menyerupai Bow-tie Oleh Pelajar Islam SMK (Perempuan) Methodist, Melaka. Mesyuarat bersetuju memutuskan seperti berikut :

 

a) Pemakaian reben menyerupai bow-tie sebagai identiti khas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) Methodist, Melaka eloklah ditiadakan demi mengelakkan khilaf. Adalah memadai dengan pemakaian lencana sebagai pengenalan pelajar sekolah berkenaan.

 

b) Pengecualian pemakaian reben ini adalah tertakluk kepada pelajar beragama Islam sahaja.

 

Klik disini untuk mencetak