JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Pentafsiran Hukum Syara' Ke Atas Wakaf-Wakaf Yang Tidak Jelas Penyerahannya.

Kategori: Muamalat/Ekonomi
Tahun: 2006
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Melaka
Keputusan
:

1. Semua masjid, surau, sekolah agama (institusi pengajian agama) dan tanah perkuburan di negeri Melaka adalah wakaf jika telah ditentukan oleh waqif bagi tujuan tersebut untuk dinikmati manfaat dan faedahnya oleh orang ramai.


2. Sesuatu wakaf itu dikira sah menurut hukum syara' sekiranya telah memenuhi rukun dan syarat yang ditetapkan.


3. Tidak disyaratkan bahawa pihak benefisiari perlu membuktikan sesuatu barang itu telah diwakafkan. Sekiranya waqif telah meninggal dunia dan tiada sebarang dokumen yang membuktikan perwakafan telah dibuat, maka keterangan saksi yang dipercayai boleh diterimapakai untuk mengesahkan wakaf tersebut.


4. Wakaf secara lisan adalah sah sekiranya waqif dan barang yang diwakafkan itu (mawquf) memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh hukum syara'.


5. Proses perwakafan tidak mensyaratkan perlu ada saksi untuk mengesahkannya. Oleh itu, dalam kes perwakafan yang tidak dapat dibuktikan, maka keterangan saksi-saksi yang waham, zan atau syak boleh diterimapakai untuk mengesahkan wakaf tersebut.


6. Sesuatu barang itu dikira sebagai mawquf menurut apa yang dilafazkan oleh waqif. Oleh itu, jika waqif menyatakan dalam lafaznya untuk mewakafkan sesebuah masjid, maka hanya bangunan masjid dan tapaknya sahaja dikira sebagai harta wakaf.


7. Penggunaan sesuatu premis atau harta yang dianggap wakaf oleh penduduk setempat secara turun temurun bagi satu jangka masa yang lama boleh ditafsirkan sebagai wakaf masyarakat Islam walaupun tiada bukti yang jelas secara lisan atau tulisan mengenai kesahihannya. Memadai dengan dakwaan pemimpin dan kebanyakan penduduk setempat yang menyatakan bahawa harta tersebut adalah wakaf.

Klik disini untuk mencetak