JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hukum Menjama' Solat kerana terlibat dengan kuliah/peperiksaan bagi pelajar di luar negeri Melaka

Kategori: Ibadah
Tahun: 2005
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Melaka
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka telah membincangkan mengenai Permohonan Fatwa Hukum Menjamakkan Solat kerana terlibat dengan kuliah/peperiksaan bagi pelajar di luar negeri Melaka dan memutuskan seperti berikut :

 

Tidak harus menjamakkan solat fardhu kerana terlibat dengan kuliah atau peperiksaan bagi pelajar yang melanjutkan pelajaran di luar negara. Ini adalah kerana keadaan tersbut bukanlah dianggap suatu keuzuran yang mengharuskan menjamakkan solat fardhu. Uzur syar‘i adalah diertikan sebagai:


a) Keuzuran yang di luar kuasa seseorang untuk mengatasinya seperti penyakit kronik, menghadapi hujan, ribut, dan taufan.


b) Keuzuran yang bersabit dengan keluarga atau saudara yang sakit tenat yang tiada harapan untuk hidup yang perlu diziarahi.


c) Keuzuran berkenaan dengan kemungkinan berlaku kerosakan bahan perusahaan yang ditinggalkan semasa menunaikan fardhu Juma‘at.

 

Klik disini untuk mencetak