JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Permohonan Mendirikan Solat Jumaat di Dusun Dato' Murad, Ayer Keroh, Melaka

Kategori: Ibadah
Tahun: 2001
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Melaka
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka telah membincangkan mengenai permohonan mendirikan solat Jumaat di Dusun Dato’ Murad, Ayer Keroh, Melaka dan memutuskan bahawa solat Jumaat harus didirikan di surau tersebut oleh penghuninya yang terdiri daripada pesalah-pesalah juvana dan warder yang bertugas dengan syarat berikut :

 

       i. Imam dan Bilal hendaklah dilantik dalam kalangan pelatih yang berkelayakkan atau warder yang bertugas sahaja.

 

     ii. kakitangan dan pegawai yang tidak bertugas hendaklah menunaikan solat Jumaat di masjid kariah yang berdekatan.

 

Klik disini untuk mencetak