Permohonan Mendirikan Sembahyang Jumaat dan Naiktaraf kepada Masjid Surau Taman Seri Budi, Kg. Pulau Samak, Batu Berendam, Melaka.
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka telah membincangkan mengenai Permohonan Mendirikan Sembahyang Jumaat dan Naiktaraf kepada Masjid Surau Taman Seri Budi, Kg. Pulau Samak, Batu Berendam, Melaka dan memutuskan seperti berikut :
i) Sembahyang Jumaat harus didirikan di Surau Taman Seri Budi, Kg. Pulau Samak, Batu Berendam, Melaka kerana masjid kariah sedia ada tidak dapat menampung kepadatan jemaah sehingga melimpah dan mendatangkan kesulitan.
ii) Permohonan naiktaraf Surau Taman Seri Budi kepada Masjid ditangguhkan dan tanah tapak surau Taman Seri Budi perlu mendapat status tanah wakaf.