JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Permohonan Mendirikan Sembahyang Jumaat Di Surau Universiti Kuala Lumpur (UniKL MICET), Taboh Naning, Melaka

Kategori: Ibadah
Tahun: 2004
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Melaka
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka bil. 3/2004 yang bersidang pada 9 Rejab 1425H/2004M telah membincangkan mengenai Permohonan Mendirikan Sembahyang Jumaat Di Surau Universiti Kuala Lumpur (UniKL MICET), Taboh Naning, Melaka dan memutuskan bahawa:


Sembahyang Jumaat tidak harus didirikan di Surau Universiti Kuala Lumpur (UniKL MICET), Taboh Naning berdasarkan:

 

a) Pelajar dan kakitangan lelaki Islam di Universiti Kuala Lumpur (UniKL MICET) adalah bertaraf pemukim yang wajib Jumaat tetapi tidak dikira sebagai ahli Jumaat yang disyaratkan seramai 40 orang untuk mengesahkan solat Jumaat menurut qawl mu'tamad Mazhab Syafi'iyy.

 

b) Bilangan lelaki Islam bertaraf pemastautin yang tinggal di Kariah Masjid Taboh Naning hanya seramai lebih kurang 100 orang. Sekiranya sebahagian mereka diarah mendirikan Jumaat di Surau UniKL MICET sebagai salah satu asas bagi memenuhi syarat sah Jumaat, maka dibimbangi akan timbul kekurangan jemaah di Masjid Taboh Naning sendiri.

 

c) Masjid Kariah Taboh Naning masih boleh menampung kehadiran jemaah yang terdiri daripada pelajar dan kakitangan UniKL MICET dan pihak masjid juga telah bercadang untuk membesarkan masjid tersebut.

 

Klik disini untuk mencetak