JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Permohonan Mendirikan Sembahyang Jumaat Di Dalam Kawasan Kem Latihan Khidmat Negara (LKN)

Kategori: Ibadah
Tahun: 2004
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Melaka
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka telah membincangkan mengenai Permohonan Mendirikan Sembahyang Jumaat Di Dalam Kawasan Kem Latihan Khidmat Negara (LKN) dan memutuskan seperti berikut:

 

1. Sembahyang Jumaat tidak harus didirikan di dalam kawasan Kem Latihan Khidmat Negara tersebut kerana tidak memenuhi solat Jumaat.

 

2. Pihak pengurusan kem latihan berkenaan disaran supaya:

 

a) Menyediakan pengangkutan untuk peserta berulang-alik ke masjid berhampiran untuk menunaikan solat Jumaat.

 

b) Pembinaan khemah tambahan boleh dibuat di masjid-masjid yang mengalami masalah kepadatan jemaah disebabkan kehadiran peserta Latihan Khidmat Negara tersebut.

 

Klik disini untuk mencetak