Permohonan Mendirikan Sembahyang Jumaat Di Surau Haji Abu Bakar Yunus, Simpang Kendong, Alor Gajah, Melaka.
Ahli-Ahli Jawatankuasa Fatwa telah sebulat suara bersetuju memutuskan bahawa:
Permohonan mendirikan solat Jumaat di Surau Haji Abu Bakar Yunus, Kampung Simpang Kendong, Alor Gajah, Melaka tidak dapat diluluskan memandangkan tiada keperluan mendesak yang mengharuskan berbilang Jumaat didirikan dalam kariah berkenaan. Justeru itu, solat Jumaat hendaklah dilaksanakan di masjid sedia ada seperti biasa.