JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Ajaran Budi Suci

Kategori: Akidah
Tahun: 2006
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Melaka
Keputusan
:

1. Ajaran dan amalan kebatinan Budi Suci didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu.


2. Antara ciri-ciri ajaran itu-


(i) Terdapat unsur-unsur Wahdatul Wujud di dalam amalan kebatinan ajaran kumpulan ini di mana dalam dua kalimah syahadah itu ada dua Nur iaitu Nur Muhammad dan Nur Allah.


(ii) Mengaku bahawa asal usul solat itu berasal daripada perkataan "ALHAMDU".


(iii) Mengatakan bahawa 13 rukun dalam solat daripada 3 bahagian iaitu daripada Allah, bapa dan ibu.


(iv) Mengubahsuai zikir dengan menyerupai kalimah Hindu (HU).


(v) Membahagikan qiblat kepada empat bahagian.


(vi) Ada unsur-unsur tawassul di dalam zikir yang diamalkan.


(vii) Mengatakan kalimah syahadah berasal daripada perkataan seperti Ujud, Kidam, Baqa'.


(viii) Mengatakan fardhu bagi syahadah hanya dua perkara, sedangkan yang sebenarnya tiga.


(ix) Asal kejadian manusia yang melalui 29 peringkat kejadian bermula daripada dalam zat Allah.


3. Mana-mana orang Islam adalah dilarang untuk mengajar, mempelajari , mengamalkan atau menyebarkan ajaran dan amalan kebatinan tersebut dalam apa-apa jua bentuk dan cara.


4. Orang Islam di mana-mana jua berada, yang telah mengamalkan ajaran dan amalan kebatinan Budi Suci hendaklah segera meninggalkan ajaran tersebut dan memohon keampunan kepada Allah subhanahu wata'ala.

Klik disini untuk mencetak