Kumpulan 'Black Metal'
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 26 Julai 2007 telah membincangkan mengenai Kumpulan 'Black Metal'.
Alhamdulillah fatwanya:
1. Bahawasanya kumpulan 'Black Metal' dengan segala kepercayaan, ajaran, aktiviti, perlakuan dan amalannya adalah sesat lagi menyesatkan, bercanggah dengan ajaran Islam, (aqidah, syariat dan akhlak), bertentangan dengan naluri kemanusiaan sejagat dan adat orang Melayu Islam, malahan menghina kesucian agama Islam.
2. Semua umat Islam dilarang melibatkan diri dengan kumpulan 'black metal' ini secara langsung atau secara tidak langsung sama ada mengamal, menjadi ahli, mencetak, menulis, menyiar, menerbit, menyebar, merakam, menggunakan lambang-lambang, menjalankan upacara, membuat lawatan atau kunjungan, mengundang atau menerima kunjungan ahli-ahlinya; memberikan sokongan moral atau material atau kedua-duanya sekali kepada sesiapa yang terlibat dengan kumpulan ini, atau apa-apa cara yang dikaitkan dengan kumpulan atau ajaran ini.