Kaedah Memusnahkan Ayat-Ayat Suci Al-Quran
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 18 Jamadilakhir 1423 bersamaan 27 Ogos 2002 telah membincangkan mengenai Kaedah Memusnahkan Ayat-Ayat Suci Al-Quran.
Alhamdulillah fatwanya:
Apa-apa bahan yang diatasnya tercetak atau terdapat sesuatu ayat Al-Quran hendaklah dilupuskan dengan dibakar disuatu tempat tertutup yang tidak dapat dimasuki oleh orang awam bersesuaian dengan kemuliaan Al-Quran kemudian abunya dibuang kedalam air yang mengalir seperti sungai atau laut atau ditanam ditempat yang tinggi yang tidak dilalui atau dipijak oleh manusia dan haiwan. Kerja-kerja perlupusan tersebut hendaklah dilakukan oleh orang Islam.