Suntikan Ubat Heparin Dan Fraxiparine
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 16 September 2002 telah membincangkan mengenai Suntikan Ubat Heparin Dan Fraxiparine.
Alhamdulillah fatwanya:
Oleh sebab pesakit ada 2 pilihan (heparin dan fraxiparine), maka pesakit hendaklah menggunakan suntikan heparin, kerana penggunaan fraxiparine dalam kes ini belum sampai ke peringkat darurat.
Sekiranya sampai ke peringkat darurat yang boleh menggugat nyawa yang disahkan oleh doktor maka fraxiparine bolehlah digunakan (dan adalah lebih baik ketika itu dirujukkan kepada Lujnah Fatwa untuk pengeluaran fatwa).