JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Tikar Solat Yang Mengandungi Corak-Corak Yang Menyerupai Lambang-Lambang Pelbagai Agama

Kategori: Ibadah
Tahun: 2007
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Johor
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 26 Julai 2007 telah membincangkan mengenai Tikar Solat Yang Mengandungi Corak-Corak Yang Menyerupai Lambang-Lambang Pelbagai Agama.

 

Alhamdulillah fatwanya:

 

 

1. Tikar solat yang mengandungi corak-corak yang menyerupai lambang-lambang pelbagai agama adalah haram penggunaannya.

2. Oleh itu, semua umat Islam Negeri Johor dilarang membuat, menjual, membeli, mengguna, menyimpan, mengedar, memesan, mengimport, mengeksport, mempamer, mencetak semula, mengambil gambar, memberi hadiah, menerima hadiah atau menjadikan perhiasan.

Klik disini untuk mencetak