JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Selipar Getah Berjenama Asadi Yang Mengandungi Tulisan/Corak Yang Menyerupai Kalimah Allah (Lafaz Al-Jalalah)

Kategori: Pakaian
Tahun: 2007
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Johor
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 26 Julai 2007 telah membincangkan mengenai Selipar Getah Berjenama Asadi Yang Mengandungi Tulisan/Corak Yang Menyerupai Kalimah Allah (Lafaz Al-Jalalah).

 

Alhamdulillah fatwanya:

 

1. Selipar getah berjenama asadi yang mengandungi tulisan/corak yang menyerupai kalimah Allah (lafaz Al-Jalalah) adalah haram penggunaannya.

2. Semua umat Islam negeri Johor dilarang membuat, menjual, membeli, mengguna, menyimpan, mengedar, memesan, mengimport, mengeksport, mempamer, mencetak semula, mengambil gambar, memberi hadiah, menerima hadiah atau menjadikan perhiasan.

 

Klik disini untuk mencetak