Kepercayaan Terhadap Angka 786 Bermaksud Bismillahirrahmanirrahim
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 26 Julai 2007 telah membincangkan mengenai Kepercayaan Terhadap Angka 786 Bermaksud Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamduliilah fatwanya:
1. Kepercayaan terhadap angka 786 bermaksud Bismillahirrahmanirrahim juga meyakini angka tersebut membawa tuah dan nasib yang sentiasa baik adalah satu kepercayaan yang salah dan bertentangan dengan Akidah Ahli As-Sunnah Wal-jamaah dan syariat serta akhlak Islam.
2. Perbuatan ini juga termasuk dalam golongan mereka yang mentafsirkan Al-Quran mengikut hawa nafsu dan tidak berdasarkan kepada ilmu dan displin-displinnya serta tidak mendapat hidayah Allah S.W.T.
3. Semua pihak yang terlibat hendaklah menghentikan kepercayaan dan penggunaan terhadap perkara ini dengan serta merta.
4. Semua umat Islam dilarang membuat, mencetak, menjual, membeli, mengguna, menyimpan, mempamer, menjadikan perhiasan, menjadikan logo dan menjadikan azimat apa-apa sahaja benda atau barangan yang mengandungi angka 786 tersebut.