Penubuhan Unit Anjing (SAR) dalam Pertahanan Awam
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 7 Mei 2003 telah membincangkan mengenai Penubuhan Unit Anjing (SAR) dalam Pertahanan Awam.
Alhamdulillah fatwanya:
Penubuhan Unit Anjing SAR Pertahanan Awam adalah diharuskan sekiranya ada keperluan yang mendesak seperti pengawalan keselamatan, mengesan penjenayah, mengesan mayat yang hilang dan sebagainya.
Keharusan ini dengan syarat-syarat dan disiplin-disiplin yang tertentu yang ketat. Ini bagi mengelakkan ada golongan yang mengambil kesempatan dan fitnah yang akan timbul serta kekeliruan yang akan berlaku terutama dikalangan masyarakat awam. Diantara disiplin-disiplin dan syarat tersebut adalah seperti berikut:-
i. Pegawai yang terlibat hendaklah mengetahui hukum hakam berhubung dengan status najis mughalazah ini, samada dari segi penggunaannya, pergaulannya, penyuciannya dan sebagainya.
ii. Tidak ada unsur kezaliman terhadap binatang tersebut, seperti mempastikan makan minumnya, kebersihannya serta tempat tinggal dan tidak mendera dan sebagainya.
iii. Sekiranya binatang tersebut sakit, hendaklah diberi rawatan yang sepatutnya.
iv. Hendaklah binatang ini diajar, dilatih, sebagai anjing yang mualam (????) dan pada akhirnya terlatih, terarah, terpimpin dan mengikut arahan.
v. Hendaklah dipastikan binatang tersebut tidak menganggu keselamatan dan ketenteraman awam terutama jiran tetangga yang paling hampir.
vi. Pakaian yang digunakan semasa bertugas, berlatih dengan unit anjing SAR hendaklah pakaian yang bersesuaian dan ditanda dan diasingkan daripada pakaian-pakaian lain, juga penyuciannya diasingkan dengan pakaian-pakaian lain dan cara penyuciannya dipastikan mengikut kaedah sebenarnya terutama tempat terkena basahan (air liur) najiz mugallazah.
vii. Penggunaan unit ini hendaklah dibataskan untuk tujuan menjalankan tugas atau latihan biasa atau kemahiran bukan tujuan untuk hiburan dan bersiar-siar.
viii. Penempatan unit ini hendaklah di penempatan tersendiri dan dipastikan najisnya tidak bersepah dimerata-rata, bahkan najisnya hendaklah ditempatkan dan dibuang ditempat tertentu.
ix. Disyaratkan juga binatang ini mengikut syarat-syarat binatang yang dibuat pemburuan