Hukum Pembuatan Fabrikasi Logam Berunsur Islam
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 29 Mei 2003 telah membincangkan mengenai Hukum Pembuatan Fabrikasi Logam Berunsur Islam.
Alhamdulillah fatwanya:
Penggunaan tulisan atau khat-khat ayat Al-Qur"an, Hadis Rasulullah S.A.W, Lafzul Jalalah (????), kalimah Tauhid dan lain-lain kalimah yang mempunyai kemuliaan tersendiri di dalam Islam, untuk tujuan dakwah adalah diharuskan dengan syarat-syarat dan disiplin-displin tertentu sebagaimana berikut:-
i. Tulisan tersebut hendaklah menggunakan khat yang mudah dibaca dan difahami oleh orang awam, contohnya khat nasakh, rak'ah dan thuluth.
ii. Lokasi penempatan khat-khat tersebut hendaklah ditempat yang tinggi sesuai dengan kemuliaan ayat-ayat Al-Qur"an dan Hadis Rasulullah S.A.W, Lafzul Jalalah (????), Kalimah Tauhid dan lain-lain kalimah yang mulia.
iii. Lokasinya adalah terbatas di dalam masjid, surau, rumah, pejabat dan dewan atau di tempat-tempat bersesuaian dengan kemuliaan kalimah-kalimah tersebut yang mana penjagaan kemuliaan ayat-ayat dak kalimah-kalimah tersebut terjaga dengan secara berterusan dan berpanjangan.
iv. Penempatan khat tersebut bukan dipagar atau jeriji samada di masjid, surau dan bangunan-bangunan lain, bukan juga ditempatkan di lokasi yang tidak sesuai dengan martabat dan kemuliaan Al-Qur"an, Hadis Rasulullah S.A.W, Lafzul Jalalah (????), Kalimah Tauhid dan lain-lain kalimah yang mulia.
v. Tujuan penggunaan khat-khat tersebut adalah untuk dakwah dan bukan sebagai hiasan sahaja.
vi. Hendaklah dipastikan pembuat ayat-ayat tersebut adalah daripada orang-orang Islam.
vii. Hendaklah ada jaminan bahawa bangunan-bangunan yang ditulis ayat-ayat tersebut tidak bertukar milik kepada bukan Islam.