Jubin Bertulis Kalimah Allah
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 26 Julai 2007 telah membincangkan mengenai Jubin Bertulis Kalimah Allah.
Alhamdulillah fatwanya:
1. Jubin yang bertulis kalimah Allah adalah diharamkan penggunaannya pada tempat seperti pada lantai-lantai permis/ hotel/ kediaman dan pejabat, bilik air, tempat letak kereta, tempat laluan pejalan kaki dan sebagainya, juga di mana-mana tempat yang boleh mencemarkan kesucian kalimah tersebut. Justeru itu, semua pihak yang terlibat (peniaga, pembeli, pengedar, pengguna, pengilang dan pengimport) hendaklah mengambil tindakan menghentikannya dengan segera dan serta merta.
2. Cara untuk menghilangkan imejnya samada dengan menukarkan dengan jubin yang lain ataupun dengan menghilangkan tulisannya.