JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Penggunaan Wang Pinjaman Koperasi Untuk Umrah

Kategori: Muamalat/Ekonomi
Tahun: 2001
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Johor
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang membincangkan mengenai Penggunaan Wang Pinjaman Koperasi Untuk Umrah.

 

Alhamdulillah fatwanya:

1) Faedah yang dikenakan keatas peminjam dinasihatkan ditukarkan kepada upah perkhidmatan

2) Pihak koperasi dinasihatkan menyediakan borang pinjaman yang jelas dan terang yang berkaitan dengan segala pengurusan pinjaman supaya dapat mewujudkan perasaan redha-meredhai.

3) Pinjaman untuk umrah diharuskan kerana terdapat kemampuan di dalam pembayaran (??????? ???????) dan tidak ada bebanan keatas orang ketiga sekiranya berlaku kegagalan keatas peminjam di dalam pembayaran disebabkan satu perkara

4) Pihak koperasi dinasihatkan mewujudkan satu skim perlindungan takaful Islam supaya tiada bebanan ke atas orang ketiga untuk membayar hutang sekiranya terjadi sesuatu perkara ke atas peminjam seperti mati , cacat, atau hilang.

 

Klik disini untuk mencetak