JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Penglibatan Orang Bukan Islam Terhadap Aktiviti-Aktiviti Yang Berkaitan Dengan Bahan-Bahan Ayat Al-Quran Dan Bahan Berunsur Islam

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2003
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Johor
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 14 Januari 2003 telah membincangkan mengenai Penglibatan Orang Bukan Islam Terhadap Aktiviti-Aktiviti Yang Berkaitan Dengan Bahan-Bahan Ayat Al-Quran Dan Bahan Berunsur Islam.

 

Alhamdulillah fatwanya:

i) Tidak harus (haram) orang-orang bukan Islam meletakkan kuasa di atas Mashaf Al-Quran, Kitab-Kitab Hadis, Kitab-Kitab Feqah atau kitab-kitab yang berkenaan Agama Islam yang ada di dalamnya ayat-ayat Al-Quran atau Hadis-Hadis Nabi S.A.W, samada dengan mencetak,menyimpan,mempamer,mengedar, menjual dan membeli.

ii) Tidak harus (haram) bagi orang-orang bukan Islam memiliki Al-Quran atau Hadis atau bahan-bahan dalam bentuk media cetak dan elektronik atau ukiran yang ada pada ayat Al-Quran atau Hadis atau apa jua lambang yang dipandang suci oleh orang Islam seperti kaabah, masjid dan sebagainya, juga tidak harus (haram) mencetak, menyimpan, mempamer, mengedar, menjual dan membelinya.

iii) Pengharaman tersebut dikecualikan sekiranya untuk tujuan penyebaran Dakwah Islamiah dan Darurat Qoswa.

Klik disini untuk mencetak