Penjelasan Mengenai Fardu Kifayah Bagaimanakah Solat Berjemaah Setiap Waktu Di Masjid Atau Surau.
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 27 Ogos 2002 telah membincangkan mengenai Penjelasan Mengenai Fardu Kifayah Bagaimanakah Solat Berjemaah Setiap Waktu Di Masjid Atau Surau.
Alhamdulillah Fatwanya,
Adalah menjadi kewajipan ke atas umat Islam setempat untuk mempamerkan syiar Islam, antaranya solat Jemaah di Masjid. Oleh itu tidak gugur kewajipan Fardu Kifayah jika didirikan Jemaah di rumah dengan meninggalkan masjid