JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Penggunaan Nama Islam

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2001
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Johor
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 6 Ogos 2001 telah membincangkan mengenai Penggunaan Nama Islam.

 

Alhamdulillah fatwanya:

 

1) Tiada halangan untuk mengggunakan perkataan "Islam" oleh mana-mana orang atau pertubuhan malah digalakkan tetapi hendaklah mematuhi tatatertib ilmu, iman dan ihsan.Walaubagaimanapun mana-mana orang atau pertubuhan yang menggunakan Islam atau perkataan "Islam" untuk tujuan mengelirukan masyarakat atau penyelewengan adalah salah dan bercanggah dengan kaedah-kaedah syariat Islam dan boleh diambil tindakan menurut peruntukan undang-undang yang sedia ada.

2) Seseorang itu sudah diiktirafkan sebagai orang Islam jika menepati Rukun Iman dan Rukun Islam. Dari itu adalah salah dan tidak berhak bagi mana-mana pihak menambah apa-apa syarat lain bagi menentukan keislaman seseorang itu. Fahaman bahawa perlu ada tambahan syarat-syarat lain selain daripada menepati Rukun Iman dan Rukun Islam, seperti pengakuan atau sokongan kepada pihak tertentu sebelum seseorang itu ditentukan keislamannya, adalah salah disisi Islam. Oleh itu sesiapa yang mengamal, mengajar, menyeru atau menyebar dengan apa cara jua pun akan fahaman tersebut adalah melakukan perbuatan yang ter masuk dalam perbuatan menyebarkan ajaran salah atau menyeleweng.

3) Ketentuan syurga dan neraka adalah hak mutlak Allah S.W.T. Dari itu, dakwaan bahawa pegnakuan dan sokongan kepada orang atau pertubuhan tertentu diperlukan sebelum seseorang Islam layak ke syurga atau jika pegnakuan dan sokongan diberi kepada orang atau pertubuhan tertentu ituseseorang Islam itu akan masuk dalam neraka adalah salah menurut ajaran Islam. Oleh itu, sesiapa yang mengamal, mengajar, menyeru atau menyebar dengan apa cara jua akan fahaman tersebut maka perbuatan sedemikian termasuk dalam perbuatan menyebarkan ajaran salah atau menyeleweng.

Klik disini untuk mencetak