JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hukum Bacaan Majlis Ratib Al-Attas Dan Asma' Al-Husna

Kategori: Ibadah
Tahun: 2007
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Johor
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang telah membincangkan mengenai Hukum Bacaan Majlis Ratib Al-Attas dan Asma' Al-Husna.

 

Alhamdulillah fatwanya:

Ahli Lujnah Fatwa berpendapat tiada halangan bagi beramal dengan Ratib Al-Attas dan "Asma' Al-Husna".

Kebenaran ini tertakluk kepada syarat yang telah diputuskan oleh Lujnah Fatwa. Syarat-syarat tersebut adalah seperti berikut:

1) Segala penulisan serta percetakan yang melibatkan ayat-ayat al-Quran mestilah menggunakan kaedah Rasam Uthmani, dan digalakkan penulisan dan percetakan selain daripada ayat-ayat al-Quran seperti zikir dan doa juga menurut kaedah Rasam Uthmani.

2)Manakala petikan ayat daripada al-Quran di dalam zikir dan doa hendaklah juga ditulis dengan kaedah Rasam Uthmani.

3) Pengguna kalimah "???????" hendaklah ditukarkan kepada kalimah

"?????" .

4) Asma' Al-Husna hendaklah berpandukan dengan nas yang diambil daripada hadis yng diriwayatkan oleh Abu Hurairah.

5) Elakkan daripada memisahkan dua kalimah yang perlu berganding seperti ?? ??? dan ?? ???.

 

Klik disini untuk mencetak