JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hukum Berkenaan Tatoo

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2002
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Johor
Keputusan
:

 

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 30 Julai 2002 telah membincangkan mengenai Hukum Berkenaan Tatoo.

 

Alhamdulillah fatwanya:

i) Hukum melakukan tatoo samada tukang tatoo ataupun yang ditatoo adalah haram, dan kedua pelakunya wajib bertaubat dengan segera.

ii) Hukum menghilangkan tatoo seperti berikut :

 

1. Wajib menghilangkan tatoo jika boleh melalui rawatan.

 

2. Jika tidak boleh kecuali dengan pembedahan pencederaan/ melukakan. Jika ditakuti dengan pembedahan tersebut kemudaratan yang amat ketara atau kecacatan yang menghodohkan pada anggota yang zahir seperti muka dan dua tapak tangan maka tidak wajib dihilangkan dan wajib bertaubat dengan segera.

 

3. Sekiranya dengan pembedahan tidak memudaratkan maka wajiblah dilakukan dan wajib juga bertaubat.

Klik disini untuk mencetak