Pembayaran Zakat Fitrah Dengan Wang
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang bersidang pada 11 November 1989 telah membincangkan mengenai Pembayaran Zakat Fitrah Dengan Wang. Mesyuarat berpendapat adalah harus kaum muslimin di negeri ini mengeluarkan zakat fitrah yang wajib ke atas mereka dengan harga makanan yang biasa dimakan (beras).