JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Risalah Gerak Kilat (Silat Abjad)

Kategori: Akidah
Tahun: 1976
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Kedah
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang bersidang pada 10 November 1976 telah membincangkan mengenai Risalah Gerak Kilat (Silat Abjad). Mesyuarat mendapati ianya adalah mengelirukan Akidah Islam dan bercanggah dengan ajaran-ajaran di dalam syariat Islam yang suci dan untuk memelihara kaum muslimin di negeri ini dari dirosakkan akidah mereka dan amalan-amalan mereka oleh ajaran-ajaran dan amalan-amalan yang ada di dalam risalah Gerak Kilat. Maka Jawatankuasa mencadangkan kepada Majlis Agama Islam Negeri Kedah supaya diharamkan risalah itu dari disebar dan ditegah dari diajar dan belajar dan beramal dengan ajaran-ajaran di dalamnya.

 

Klik disini untuk mencetak