JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Menjual Bir (Minuman Keras)

Kategori: Makan dan Minum
Tahun: 1989
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Kedah
Keputusan
:

Setelah merujuk kepada kitab-kitab fekah Syafie didapati adalah haram dan tidak sah menjual barang yang najis seperti arak,kulit bangkai yang belum dibersihkan dengan samak dan juga tidak sah menjual barangan yang terkena najis yang tidak boleh dibersihkan.


Oleh kerana BIR (BEER) adalah sejenis arak (cecair yang memabukkan) maka ia adalah najis, dengan itu hukumnya haram dan tidak sah jual beli dengannya samada diantara sama-sama orang Islam atau diantara orang Islam dan orang bukan Islam.

Klik disini untuk mencetak