JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Kepimpinan Wanita

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 1989
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Kedah
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang bersidang pada 11 November 1989 telah membincangkan mengenai Kepimpinan Wanita. Mesyuarat memutuskan bahawa wanita tidak boleh dilantik sebagai hakim diatas ijma' imam yang empat (Syafie, Malik, Hanafi dan Hanbali). Demikian juga mereka tidak boleh dilantik atau diserah kepadanya kuasa yang am iaitu kekuasaan didalam berbagai bidang dengan tidak terhad atau tiada terbatas pada bidang-bidang yang tertentu seperti memegang sebuah kementerian, menjadi Kepala Daerah saperti Pegawai Tadbir Agama Daerah atau Pegawai Daerah yang dilantik oleh Sultan untuk mentadbir sesebuah daerah bagi pihaknya.

Klik disini untuk mencetak