JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Membendung Pengaruh Syiah Di Malaysia

Kategori: Akidah
Tahun: 1998
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Kedah
Keputusan
:

Bahawa Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah Darul Aman setelah mengkaji, bersetuju sebulat suara membuat ketetapan BAHAWA KE ARAH MEMBENDUNG PENGARUH SYIAH DI MALAYSIA:-

 

1. Adalah ditetapkan bahawa Umat Islam di Negeri Kedah Darul Aman hendaklah mengikut undang- undang Islam dan ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jama'ah dari segi aqidah, syariah dan akhlak.


2. Adalah diperakukan bahawa ajaran Islam selain pegangan Ahli Sunnah Wal Jama'ah adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan dengan yang demikian penyebaran apa-apa ajaran lain selain pegangan Ahli Sunnah Wal Jama'ah adalah dilarang.

 

3. Adalah ditetapkan bahawa penerbitan, penyiaran dan penyebaran melalui buku, risalah, filem, video atau dengan apa-apa cara lain pun yang berkaitan dengan ajaran yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jama'ah adalah dilarang.

Klik disini untuk mencetak