JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Wang Pampasan

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2003
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Kedah
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang bersidang pada 26 April 2003 telah membincangkan mengenai Wang Pampasan - Harta Pewarisan atau Tidak? Mesyuarat telah memutuskan bahawa Wang pampasan yang diberi oleh syarikat kepada suami atau isteri yang meninggal dunia semasa bekerja di syarikat berkenaan jika ditentukan penama yang dipersetujui simati maka wang pampasan itu adalah untuk penama tersebut. Namun demikian, jika tidak ditentukan penama maka ia hendaklah dimasukkan sebagai harta yang perlu difaraidhkan.

Klik disini untuk mencetak