Anti Hadith
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang bersidang pada 23 Jun, 1996 telah membincangkan mengenai Anti Hadith. Mesyuarat telah membuat keputusan bahawa:
1. Buku bertajuk "Hadith Satu Penilaian Semula" dan "Hadith Jawapan Kepada Pengkritik" Karangan Kassim Ahmad dan isi kandungannya;
2. Buku 'Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu - Hadith di dalam Al-Quran' karangan Idris Abdul Rahman dan isi kandungannya;
3. Buku 'Bacaan' karangan Othman Ali dan isi kandungannya;
4. Buku "The Computer Speaks - God's Message To The World" karangan Dr. Rashad Khalifa dan isi kandungannya;
5. Risalah 'Iqra' terbitan Jemaah Al-Quran Malaysia dan isi kandungannya dan;
6. Apa-apa terjemahan buku atau risalah yang tersebut adalah diharamkan.