JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Replika Kaabah

Kategori: Ibadah
Tahun: 2007
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Kedah
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang bersidang pada 30 April 2007 telah membincangkan mengenai Membina Replika Kaabah Untuk Tujuan Pengajaran Dan Pembelajaran. Mesyuarat membuat keputusan bahawa binaan tetap replika berbentuk kaabah adalah dilarang bagi mengelakkan kekeliruan dalam masyarakat. Walaubagaimanapun replika kaabah yang berbentuk gambar atau menggunakan bahan-bahan mudah alih adalah dibenarkan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Klik disini untuk mencetak