JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Penggunaan Perkataan 'Islam'

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2000
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Kedah
Keputusan
:

1. Tiada halangan untuk menggunakan perkataan "Islam" oleh mana-mana pertubuhan, malahan digalakkan tetapi hendaklah berdisiplinkan ilmu, iman dan ehsan. Walau bagaimanapun mana-mana orang atau pertubuhan yang menggunakan Islam atau perkataan "Islam" untuk tujuan mengelirukan masyarakat atau penyelewengan adalah salah dan bercanggah dengan prinsip-prinsip syariat Islam dan boleh diambil tindakan menurut peruntukan undang-undang yang sedia ada.


2. Seseorang itu sudah diiktiraf sebagai Islam jika menepati rukun Iman dan rukun Islam. Dari itu adalah salah dan tidak berhak lagi bagi mana-mana pihak menambah apa-apa syarat lain bagi menentukan keIslaman seseorang itu. Fahaman bahawa perlu ada tambahan syarat-syarat lain, selain daripada menepati rukun Iman dan rukun Islam, seperti sokongan kepada pihak-pihak tertentu sebelum seseorang itu ditentukan keIslamannya adalah salah di sisi Islam. Oleh itu sesiapa yang mengamal, mengajar, menyeru atau menyebar dengan apa-apa jua cara pun akan fahaman tersebut adalah melakukan perbuatan yang termasuk dalam perbuatan mentebarkan ajaran salah atau menyeleweng.


3. Ketentuan syurga atau neraka adalah hak mutlak Allah SWT. Dari itu, dakwaan bahawa pengakuan dan sokongan kepada orang atau pertubuhan tertentu diperlukan sebelum seseorang Islam layak ke syurga atau ke neraka adalah salah menurut ajaran Islam. Oleh itu sesiapa yang mengamal, mengajar, menyeru atau menyebar dengan apa-apa jua cara pun akan fahaman tersebut maka perbuatan sedemikian termasuk dalam perbuatan menyebar ajaran salah atau menyeleweng.

Klik disini untuk mencetak