Wanita Bekerja Sebagai Tukang Gunting Rambut
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang bersidang pada 5 Oktober 1989 telah membincangkan mengenai Wanita Bekerja Sebagai Tukang Gunting Rambut. Mesyuarat memutuskan bahawa persentuhan yang disengajakan antara lelaki dan perrempuan yang halal berkahwin hukumnya haram. Oleh itu apa-apa pekerjaan yang menyebabkan persentuhan sedemikian adalah haram. Pendapatan wanita Islam yang bekerja memotong/mencuci rambut lelaki adalah haram.