JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hukum Solat Pada Awal Waktunya

Kategori: Ibadah
Tahun: 2001
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Kedah
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang bersidang pada 29 November 2001 telah membincangkan mengenai Hukum Solat Pada Awal Waktunya. Mesyuarat berpendapat bahawa solat adalah di antara ibadat-ibadat wajib yang mempunyai waktu yang luas dan sebaik-baik solat ialah yang ditunaikan pada awal waktu akan tetapi apabila dengan kerana merai awal waktu boleh menyebabkan kecurian waktu kerja maka sayugia ditakhirkan solat itu. Sebagai contoh jika masuk waktu asar 4.30 petang iaitu masa bekerja dan habis masa bekerja pada jam 5.30 petang maka sayugia ditakhirkan solat itu kepada waktu habis kerjanya selama tiada luput waktunya dan masuk ke dalam waktu solat yang lain.

Klik disini untuk mencetak