Ternakan Lintah
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang bersidang pada 30 Januari 2008 telah membincangkan mengenai Ternakan Lintah. Mesyuarat memutuskan bahawa hukum menternak lintah untuk tujuan perniagaan adalah harus. Walau bagaimanapun hukum memakan lintah adalah haram sama ada secara langsung atau melalui suntikan. Namun jika dibuat minyak atau seumpamanya untuk kegunaan luaran sahaja hukumnya adalah harus.