JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Tuntutan Fasakh Kerana 'Unnah'

Kategori: Munakahat
Tahun: 2001
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Kedah
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang bersidang pada 25 Ogos 2001 telah membincangkan mengenai Tuntutan Fasakh Kerana 'Unnah'. Mesyuarat memutuskan bahawa diharuskan pihak isteri menuntut fasakh disebabkan suaminya mengalami 'unnah' dengan syarat sebelum perkahwinan isteri tidak tahu bahawa suaminya itu mengalami 'unnah' tetapi jika isteri mengetahui bahawa suaminya itu mengalami 'unnah' sebelum berkahwin dan tetap ingin berkahwin dengan suaminya itu maka pihak isteri tidak diharuskan menuntut fasakh.

Klik disini untuk mencetak