JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Permohonan Menebusbalik atau Membeli Tanah Lot 136 Durian Daun Yang Telah Diwakafkan Kepada Baitulmal

Kategori: Muamalat/Ekonomi
Tahun: 2001
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Melaka
Keputusan
:

Setelah berbincang dan meneliti kertas permohonan berdasarkan pertimbangan hukum syara', Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Melaka telah bersetuju memutuskan bahawa pemohon harus menebusbalik tanah tersebut dengan kaedah istibdal dengan syarat-syarat berikut :


i) Pembayaran hendaklah dibuat dengan harga penilaian semasa;

ii) Segala kos urusan penukaran nama hendaklah ditanggung oleh pemohon;dan

iii) Harga yang dinilai hendaklah diserah kepada Majlis Agama Islam Melaka.

Klik disini untuk mencetak