JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Permohonan Mendirikan solat Jumaat di masjid Al-Ilmi Kolej Teknologi Islam Melaka, Kuala Sungai Baru, Melaka.

Kategori: Ibadah
Tahun: 2005
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Melaka
Keputusan
:

Setelah berbincang dan meneliti kertas permohonan, Ahli Jawatankuasa Fatwa memutuskan permohonan mendirikan solat Jumaat di Masjid Al Ilmi Kolej Teknologi Islam, Kuala Sungai Baru, Melaka seperti berikut:-


a) Masjid Al Ilmi Kolej Teknologi Islam Melaka ini hanyalah bertaraf surau dan ia terletak di dalam kariah Masjid Kuala Sungai Baru. Oleh yang demikian, adalah tidak harus surau tersebut diberi kelulusan mendirikan Solat Jumaat kerana ia adalah bercanggah dari segi hukum syarak dalam Mazhab Syafi"i yang melarang diadakan berbilang Jumaat di dalam satu kariah.


b) Kebanyakkan pelajar dan anggota perkhidmatan Kolej Teknologi Islam Melaka hanya bertaraf pemukim sahaja dan bukan penduduk asal atau pemastautin di kariah berkenaan. Menurut hukum syarak dalam Mazhab Syafi"i seseorang pemukim wajib mendirikan solat dalam kariah tempat dia bermukim tetapi tidak kira sebagai ahli Jumaat seramai 40 orang yang membolehkan solat Jumaat diambilkira sebagai sah.


c) Tiada jaminan daripada pemastautin di kawasan berkenaan yang boleh berjemaah secara tetap di Masjid Al Ilmi. Ini akan menimbulkan kesulitan sekiranya bilangan ahli Jumaat kurang daripada 40 orang yang bertaraf pemastautin yang boleh mengesahkan Jumaat.


Klik disini untuk mencetak