JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Larangan Penggantungan Kaligrafi Islam Di Premis Bukan Islam

Kategori: Akidah
Tahun: 2009
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Melaka
Keputusan
:

 Ahli-Ahli Jawatankuasa Fatwa telah sebulat suara bersetuju memutuskan perkara-perkara berikut:


a) Menerima pakai keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-83 bertarikh 22 hingga 24 Oktober 2008 bahawa:


i. Bagi menjaga kehormatan dan kemuliaan ayat-ayat suci al-Qur"an dan kalimah-kalimah suci agama Islam, perbuatan menggantung apa jua ayat-ayat suci al-Qur"an atau kalimah-kalimah suci agama Islam di premis-premis bukan Islam atau mana-mana tempat yang boleh mendedahkannya kepada penghinaan, penipuan atau penyalahgunaan adalah dilarang oleh Islam.


ii. Penjualan dan penyimpanan kitab suci al-Qur"an di kedai-kedai yang dimiliki oleh orang bukan Islam adalah juga dilarang oleh Islam kerana ia boleh membawa kepada penghinaan ke atas kehormatan dan kesucian kitab suci tersebut.


b) Mewartakan keputusan fatwa tersebut dalam Warta Kerajaan Negeri Melaka bagi tujuan penguatkuasaan undang-undang

Klik disini untuk mencetak