JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Memohon Pandangan Mengenai Hukum Skim Pinjaman Wang Pendidikan Tinggi Menggunakan Sumber Zakat

Kategori: Zakat
Tahun: 2009
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Melaka
Keputusan
:

Ahli-Ahli Jawatankuasa Fatwa telah sebulat suara bersetuju memutuskan beberapa perkara berikut:


a) Harus menggunakan sumber wang zakat di bawah peruntukan asnaf al-gharimin sebagai bantuan pinjaman pendidikan tinggi negeri Melaka secara qardhul hasan bagi pelajar yang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara dalam bidang-bidang tertentu yang diperakui oleh Kerajaan Negeri Melaka.


b) Mengesyorkan supaya bantuan pinjaman yang diberikan itu adalah dalam bentuk pinjaman boleh ubah dan meliputi hanya sebahagian (50 peratus) daripada keseluruhan pembiayaan yang ditetapkan, manakala sebahagiannya lagi ditampung dalam bentuk pemberian dermasiswa di bawah peruntukan asnaf fisabilillah.

Klik disini untuk mencetak