JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Kaedah Penetapan Pengiraan Fidyah Bagi Negeri Melaka.

Kategori: Ibadah
Tahun: 2006
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Melaka
Keputusan
:

Ahli-Ahli Jawatankuasa Fatwa telah sebulat suara memutuskan seperti berikut:


1. Bersetuju meluluskan kaedah pengiraan fidyah yang telah digunapakai oleh Pusat Zakat Melaka bagi seluruh Negeri Melaka berdasarkan kiraan berganda, iaitu mengikut formula:


Gandaan Fidyah x Bilangan Hari Tertinggal x Nilai Fidyah = Jumlah Fidyah


2. Nilai kadar fidyah hendaklah berdasarkan kepada nilai zakat fitrah Negeri Melaka pada tahun semasa, iaitu nilai secupak beras bersamaan satu per empat (1/4) daripada nilai zakat fitrah (1/4 x harga fitrah semasa = nilai 1 cupak beras).

Klik disini untuk mencetak