Permohonan Sembahyang Jumaat di Masjid Taman Maju Jasin, Melaka
Ahli-Ahli Jawatankuasa Fatwa telah sebulat suara bersetuju memutuskan perkara-perkara berikut:
a) Permohonan mendirikan sembahyang jumaat di Masjid An-Nur Taman Maju, Jasin, Melaka tidak dapat diluluskan memandangkan tiada keperluan mendesak yang dibenarkan oleh syarak. Justeru itu, solat jumaat hendaklah dilaksanakan di Masjid al-Ghaffar Daerah Jasin seperti biasa.
b) Mencadangkan supaya pihak pengurusan Masjid Al-Ghaffar Daerah Jasin dapat menyediakan perkhidmatan kenderaan berulang-alik dari Taman Maju ke Masjid al-Ghaffar untuk membawa jemaah warga emas dan uzur pada setiap hari jumaat sebagai usaha mengurangkan kesulitan.
c) Mencadangkan pihak pengurusan Masjid al-Ghaffar Daerah Jasin dapat mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan untuk mewujudkan cross zebra atau jejantas merentangi jalanraya utama sebagai langkah keselamatan kepada para jemaah dari Taman Maju yang hendak menyeberangi jalanraya tersebut untuk ke masjid dan sebaliknya.