JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Ajaran Syed Mohamad Al-Masyhor (Al-Mas)

Kategori: Akidah
Tahun: 2000
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Melaka
Keputusan
:

1. Ajaran dan amalan Syed Mohamad Al-Masyhor (Al-Mas) didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, orang Islam dilarang mengamalkan ajaran itu.


2. Orang Islam yang telah mengambil ijazah dan mengamalkan ajaran Syed Mohamad Al-Masyhor (Al-Mas) di mana-mana jua berada hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Klik disini untuk mencetak